Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Monday, 27 February 2012

Semakin Bersedekah, Semakin Kaya


Ramai orang tidak menyedari keajaiban disebalik sedekah kerana sedekah menuntut keikhlasan & pengorbanan memberi duit sendiri. Tapi apabila orang tahu & sedar akan keajaiban sedekah pasti ramai akan bersedekah tanpa diminta. Antara keajaiban banyak bersedekah, insyaAllah penderma akan menjadi kaya. Kerana semakin bersedekah, semakin kaya.

Dalam keghairahan bersedekah, kita mestilah betulkan niat dengan bersedekah keranaNya bukan kerana mahu kaya & menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Biarlah tangan kanan memberi tapi dalam masa yang sama tangan kiri tidak mengetahuinya. Apabila niat kita betul insyaAllah kita akan dapat 2 in 1 iaitu pahala & kaya. Kerana setiap amalan itu bermula dengan niat. Selamat beramal.



Sunday, 26 February 2012

Sakit Mengajar Kita Erti Nikmat Sihat


Tiada siapa mahu diuji dengan sakit walaupun hanya digigit semut. Kerana sakit itu satu kepahitan. Kerana pahit satu yang tidak indah dirasai. Tapi tiada siapa menduga apabila sakit datang menjengah diri. Dikala kita sedar atau tidak kerana zaman kini penyakit tidak mengenal umur dan siapa. Sudah banyak orang di usia kanak-kanak sudah ada penyakit kronik. Semua itu ketentuanNya, tiada siapa dapat menghalang apabila Dia mahu.

Tapi ramai orang tidak sedar bahawa sakit juga satu nikmat pemberianNya seperti nikmat-nikmat lain. Sakit mengajar kita erti nikmat sihat yang kadang-kadang ramai tidak menjaganya dengan baik. Disebabkan kesibukan aktiviti harian manusia lupa menjaga kesihatan diri. Ditambah jarang sakit lagilah buat manusia leka dan senang hati dengan kesihatannya. Sebab itulah kadang-kadang terus diserang sakit yang teruk.

Yang pasti setiap ujian dan pemberianNya ada hikmah disebaliknya sama ada kita sedar atau tidak. Kerana sakit buat kita lebih menghargai kesihatan diri. Kerana sakit buat kita lebih rapat denganNya. Kerana sakit buat kita sedar dan beringat akan kematian yang akan datang jua. Semua itu ada hikmahnya yang Dia mahu bagi tahu pada kita. Kerana Dia berikan apa yang perlu bagi kita bukan apa yang kita mahu.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sebelum sakit datang menjengah diri. Bagi insan yang dialami sakit janganlah sedih kerana sakit itu buat kita lebih kuat jiwa dan hati dari orang yang sihat. Anggaplah sakit itu nimat istimewa dariNya




Friday, 24 February 2012

Agungnya Sebuah Keikhlasan


Keikhlasan adalah satu perkara yang tidak dapat dilihat dan dinilai dengan mata kasar manusia. Ia berkaitan dengan batin dan dalaman manusia. Kerana itu manusia sering tertipu dan silap erti sebuah keikhlasan sebenarnya. Ditambah syaitan sering menipu daya dan membisik manusia bahawa ikhlas begitu dan begini. Tapi pada hakikatnya ia tidak semudah disangka walaupun ia nampak mudah dilaksanakan. Kerana bukan mudah mendapat darjat keikhlasan di sisiNya.

Bukan mudah ikhlaskan hati dan diri dalam semua perkara dan perbuatan seharian kita hanya keranaNya. Tanpa niat keranaNya maka sia-sialah perbuatan kita itu melainkan kita hanya mendapat riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Apatah lagi berkaitan dengan ibadah khusus seperti solat lima waktu sehari. Sebab itulah sebaiknya sebelum memulakan solat, niat dan kata pada hati dan diri yang kita solat ini hanya keranaNya bukan kerana yang lain.

Ikhlas ibarat tangan kanan memberi tapi dalam masa yang sama tangan kiri tidak mengetahuinya. Namun hakikatnya ramai manusia tidak buat begitu kerana manusia sering suka berbangga dan menunjuk-nunjuk apa yang dia buat kepada orang lain. Kerana ingin mendapat pujian dan gelaran yang akan membuat dia menjadi orang terkenal dan nampak orang yang baik. Itulah yang kita sering lihat dalam akhbar dan tv apabila ada yang menderma kepada badan kebajikan.

Biarlah perkara seharian yang kita lakukan hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang mengetahui. Janganlah menunjuk-nunjuk kepada orang lain kerana sia-sia sahaja apa yang bakal kita terima. Ikhlas menentukan pahala atau dosa. Ikhlas menentukan syurga atau neraka. Ikhlas menentukan bermanfaat atau sia-sia. Perbetulkan definasi ikhlas yang sebenarnya. Niat perbuatan yang keranaNya itu adalah ikhlas. Niat perbuatan bukan keranaNya itu bukan ikhlas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts